Kerana aku seorang guru
Mencurah bakti tak kira waktu
Menabur jasa di mana jua
Susah payah diharungi
Kerana aku seorang guru
Umpama lilin nan sebatang membakar diri
Menerangi orang lain
Memberi kenal A,B,C juga menyebut 1,2,3
Sehinggalah menjadi Perdana Menteri yang disegani
Pegawai yang dikagumi
Doktor yang berwibawa,
Arkitek yang ternama
Pemimpin yang dihormati
Telah mewarnai dunia ini
Kerana aku seorang guru
Kalau pelajar gagal
Dikata guru tak pandai mengajar
Andai pelajar berjaya
Kerana dia pandai bukan dek jasa guru
Kerana aku seorang guru
Tetap tabah,pasrah dan redha
Kerana jasa yang ditabur itu mulia
Bakti diluhur satu amanah
Hanya akhirat balasan diharap
Kerana aku seorang guru
Buka diminta duit bertimbun
Bukan diminta duit berkarung
Bukan diminta jasa disanjung
Bukan diminta budi dihitung
Hanya dipinta pengorbanan dihargai
Kerana yang pergi tetap dipanggil ”cikgu”
bestnye sajak..terharu lak..huhu..keep up the good work..truskan memosting mende2 yg best..chaiyok2..
ReplyDelete